Hukum pamer gambar dalam Facebook
§ Perbuatan wanita mempamerkan gambar peribadi yang tidak menutup aurat adalah haram dalam Islam.Bagi seorang isteri kecantikan dan kejelitaannya hanya berhak ditatap oleh si suami sahaja. Mendedahkan aurat kepada orang bukan mahram adalah ditegah oleh Allah SWT. Lebih-lebih lagi melalui laman sosial yang mungkin ditonton oleh jutaan manusia.Malahan gambar-gambar ini juga boleh dicetak dan boleh disalahguna oleh pihak tertentu. Maksudnya, janganlah hendaknya orang wanita mendedahkan diri mereka kepada sebarang kemudaratan melalui FB.Mempamerkan gambar peribadi dalam FB dengan pelbagai gaya dan watak dalam keadaan tidak menutup aurat sangat tidak bermoral. Biarpun dengan izin suami mahupun ahli keluarganya, ia tetap haram.
§ Wanita adalah perhiasan dunia ini, namun sebaik-baik perhiasan ini hendaklah benar-benar beriman dan bertakwa bukan yang tanpa segan silu mendedahkan apa yang disuruh disembunyikan
§ Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripadanya memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau baba mereka atau baba mertua mereka atau anak-anak mereka….(al-Nur: 31)~Berdasarkan ayat ini jelas bahawa Allah SWT memerintahkan kaum hawa menjaga batasan aurat yang menjadi maruah mereka. Mendedahkan aurat kepada mereka yang bukan mahram adalah haram.
§ Allah SWT hanya membenarkan kelonggaran aurat dalam batasan ahli keluarga. Ayah yang beriman serta adik beradik yang beriman tidak akan terangsang dengan melihat aurat darah daging sendiri, melainkan yang bernafsu binatang.Segolongan ulama masih menyarankan agar para wanita itu menjaga batasan aurat mereka biarpun di hadapan ayah, abang dan mahram yang lain. Sebabnya yang demikian demi menjaga kemuliaan dan kesucian seseorang wanita.
§ Sebab itulah Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan sesungguhnya kami telah menurunkan kepada kamu ayat-ayat keterangan yang menjelaskan (hukum-hukum suruh dan tegah), dan contoh tauladan (mengenai kisah-kisah dan berita), golongan yang telah lalu sebelum kamu serta nasihat pengajaran bagi orang yang mahu bertakwa. (al-Nur: 34)
§ Sebab itulah di dalam al-Quran, ada suruhan dan tegahan, bagi mereka yang beriman pasti akan bersegera meninggalkan yang ditegah. Bagi mereka yang berkarat hati amat sukar mendapat petunjuk.Ini kerana al-Quran adalah nur iaitu cahaya, bukan cahaya yang bias dilihat dan dirasa oleh pancaindera manusia, cahaya ini adalah cahaya penyuluh menuju kepada Allah SWT, mendamba keredaan dan tamak kepada cintanya.Justeru, mendedahkan aurat kepada yang bukan mahram adalah secara tidak langsung tidak patuh kepada perintah Allah SWT yang menyuruh menutupnya.
§ ~*copied from darululumonline*~
§ Bbatasan berinteraksi di dalam FB juga perlu diawasi. Jangan sampai mengaibkan diri dan orang lain.
§ tak salah kalau kita hendak berkongsi gambar, tapi niat kena betul dan masih ada batasan yang perlu dijaga.jangan sampai timbul perasaan riak dengan pujian-pujian. tak dinafikan siapa tak suka dipuji, tapi hati-hati kerana pujian itu mempunyai bahayanya yang tersendiri. Tidak salah untuk memberi pujian, tetapi pujilah sekadarnya sebagai tanda kita menghargainya. Pujian juga digalakkan dalam Islam sebagai motivasi kepada diri si penerima pujian.~bahkan menurut Imam Ghazali, terdapat enam bahaya pujian iaitu empat pada orang yang memuji dan dua pada orang yang dipuji.
BAHAYA PADA ORANG YANG MEMUJI
1. Kemungkinan pujian melampau yang akhirnya akan menjadi pendustaan.
2. Kemungkinan menyebabkan hati dimasuki sifat menunjuk, memuji sekadar menunjukkan bahawa dia akrab tetapi yang berlaku adalah sebaliknya, yang akhirnya akan menjadi munafik.
3. Kadangkala manusia mengucapkan sesuatu yang tidak diketahui benar atau tidak, yang mungkin perkara itu tidak diselidiki langsung.
4. Dibimbangi pujian itu akan menyebabkan orang yang dipuji terus leka dan tidak menyedari kelemahan diri sendiri, seolah-olah orang yang memuji itu merelakan sesuatu yang buruk terus berlaku.
BAHAYA PADA ORANG YANG DIPUJI
1. Orang yang dipuji akan terus bongkak dan bangga diri sendiri.
2. Orang yang dipuji akan terus leka dengan pujian lantas mengurangkan usahanya untuk membaiki kelemahan diri.
Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Yang sangat saya kuatirkan atas kamu ialah syirik yang terkecil." Sahabat bertanya: "Ya Rasullullah, apakah syirik yang kecil itu?" Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: "Riyaa'. Pada hari pembalasan kelak Allah s.w.t. berkata kepada mereka : "Pergilah kamu kepada orang-orang yang dahulu kamu beramal kerana mereka di dunia, lihatlah di sana kalau-kalau kamu mendapatkan kebaikan dari mereka."
~daripada cerita gambar ke cerita aurat pastu cerita riak, apa yang penting kita tahu apa niat kita "berfacebooking". dan sebenarnya masih belum terlambat untuk kita memperbetulkan niat kita andainya kita baru tersedar.